Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 7 Disember 2010

Cupcake / Apam Polkadot


Resepi ni saya dapat dari TERATAK DHIA..mesti cuba tau, lain dari yang lain. Klau nak tempah view je Teratak Dhia. saya buat hanya  untuk makan sendiri jew..

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur- fresh dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 gm susu segar/susu cair/susu full cream/santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • filling secukupnya (inti kelapa/paste blueberry/strawbery)
  • pewarna ikut suka
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6-8minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih ).
4. Picitkan sedikit aduan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukpnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warnasehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dgn warna pilihan.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15minit. Guna api sederhana.

Inti Kelapa:
  • 1/2biji kelapa parut
  • 6sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh tepung jangung
  • 1 helai daun pandan pintal
  • 1/2 cawan air.
Cara-cara:
-Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga air kering.

2 ulasan:

  1. cantik la apam polkadot awak..saya pon ada buat.tapi9 x dek kale cantik mcm awak punya..harus cuba lagi ni..(^_^)

    BalasPadam
  2. saya buat pun xde la cantek sgt.pic tu copy paste jew dr tok guru.. mula2 mmg byk yg kena baiki. lama2 t menjadi la..

    BalasPadam