Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 8 Disember 2010

Soto Ayam


Bahan-bahan Tabur:
  • 1 ekor ayam (di belah 4 )
  • kacang tanah goreng
  • suun yg telah di goreng
  • tauhu goreng (didiris nipis)
  • bawang goreng
  • daun sup (dihiris kecil)
  • daun bawang (dihiris kecil)
Bahan-bahan Sup:
  • 3 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 1/2 inci halia
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu rempah sup
Bahan Tumis:
  • 3ulas bawang kecil dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga
Bahan untuk Bergedil :
  • 1 kg kentang (di rebus an di lenyek)
  • 100 gm daging (di rebus dan di cincang halus)
  • sedikit daun sup
  • 5 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
  • serbuk lada putih/hitam
  • 1 biji telur
  • garam secukupnya
Bahan Sambal Soto:
  • 20 biji cili api
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 cawan kicap
  • 1 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
 Cara Membuat :

1. Rebus ayam sehingga masak. kemudian angkat dan toskan. Jangan buang air rebusan tadi.
2. Apabila ayam sudah sejuk salut ayam tadi dengan kicap dan sos tiram.
3. goreng ayam dengan minyak yg banyak.
4. Sejukkan dan siat isi ayam kecil-kecil.

Cara Membuat Sup:
1. Kisar bahan-bahan sup dan tuangkan ke dalam air rebusan.(kecuali halia dititik) Tambah air jika perlu.
2. Biarkan hingga mendidih (api sederhana)
3.Tumis bahan tumis hingga keperangan dan tuangkan ke dalam sup yang sedang mendidih.

Cara Membuat Bergedil:
1. Gaulkan kesemua bahan tadi.
2. Bentukkan menjadi bulat leper.
3. Pukul sebiji telur dancelupkan begedil yg telah dibentuk.
4.Goreng hingga garing.

Cara Membuat Sambal Soto:
1. Cucuk bawang putih tadi dan bakar atas dapur hingga naik baunya.
2. Kemudian kisar kesemua bahan tadi. Jika pedas tambahkan gula.

Selasa, 7 Disember 2010

Kek Coklat Kukus

Setiap kali  Hari Raya Kek Coklat mesti tersedia atas meja. Suami saya suke sangat kek coklat kukus ni. Ada skali suami mintk saya buatkan kek ni semata-mata nak bawa bekal pegi kerja...mama kata nak jaga suami kena la jaga perutnya dulu.. jadi apa salahnya saya kongsi resepi ni untuk semua...moga-moga dapat eratkan hubungan sesama kita...


Bahan-Bahan:-

Bahan A:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ mentega cair
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan susu pekat manis.
Bahan B:
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
Bahan C:
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh ovallete
Cara-cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan.
2. Putar bahan C hingga kembang.  Kemudian masukkan ke dalam bahan A dan sebatikan.
3. Campurkan Bahan C kemudian ayak. Kemudian masukkan ke dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan adunan di dalam acuan/ loyang kek yang dilapisi dengan keranjang aluminium/ kertas minyak.
5. Kukus selama 1 jamdengan api sederhana.

Kek ni boleh juga di lapisi dengan topping. Saya lebih suka kek kukus tanpa kukus. Makan panas-panas lagi sedap..

Bahan Hiasan Topping:
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar marjerin
  • 130 ml double/ whipping krim
  • gula halus secukup rasa
Cara-cara memasak:
1. Cairkan coklat. Didihkan sedikit air dalam periuk. Masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas. Apabila air mendidih kecilkan api dan masukkan mangkuk ke dalam air mendidih.
2. apabila sudah cair, alihkan dan masukkan marjerin, gula & krim kemudian gaul sebati.
3. Curahkan atas kek  dan ratakan..

Cupcake / Apam Polkadot


Resepi ni saya dapat dari TERATAK DHIA..mesti cuba tau, lain dari yang lain. Klau nak tempah view je Teratak Dhia. saya buat hanya  untuk makan sendiri jew..

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur- fresh dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 gm susu segar/susu cair/susu full cream/santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • filling secukupnya (inti kelapa/paste blueberry/strawbery)
  • pewarna ikut suka
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6-8minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih ).
4. Picitkan sedikit aduan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukpnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warnasehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dgn warna pilihan.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15minit. Guna api sederhana.

Inti Kelapa:
  • 1/2biji kelapa parut
  • 6sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh tepung jangung
  • 1 helai daun pandan pintal
  • 1/2 cawan air.
Cara-cara:
-Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga air kering.

Chocolate Chip Cookies


Bahan-bahan:-

Bahan A: (dikisar )
  • 1 1/2 cawan oat
  • 1 cawan koko powder
Bahan B: ( digaul sebati )
  • 1/2 sudu baking powder
  • 1/2 sudu baking soda
  • 1 cawan tepunggandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • coklat cip (kuantiti ikut suka)
  • kacang walnut
Bahan C: ( dikisar )
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 2 biji telur ( gred A )
 Cara-Cara Membuat:
1. Campurkan bahan-bahan B & C kemudian putar guna mixer hingga sebati.
2. Campurkan bahan A dan putar lagi hingga sebati.
3. Bentukkan adunan anda dengan sudu mengikut saiz yang di ingini dan susun di atas dulang/loyang.
4. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150-180 darjah celcius.
5. Sejukkan dahulu supaya biskut menjadi rangup baru disimpan dalam balang atau dihidangkan ...

Lena Di Buai Mimpi

Kejutkan aku
Dari dengkur di atas pelangi
Yang tujuh warnanya
Indah tak tergapai

Bangunkan aku
Bebaskan aku dari gemaan dengkuran
Selamatkan aku dari pasrah digamit lena
Lepaskan aku dari belenggu ini…

Singkapkan gebarku
yang bertatawarna menyelubungiku
Sekujur tubuh lena di dodoi mimpi
Makin kusyuk penceritanya

Sedarkan aku
Dari kebungkaman minda dicelah lena
Aku ingin bangun berperisaikan azam kental
Aku ingin bangkit berbekalkan semangat
Kejutkan aku…
Kejutkan…

Salam Maal Hijrah..

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah. Semoga Kehidupan kita sentiasa dipayung rahmat Ilahi.. di murahkan rezeki.. dikurniakan cahaya mata penyeri hidup..diberi kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat.. Semoga di lembaran baru ini dapat ku mencari titk permulaan untuk memajukan diri... Doa dipanjatkan moga diri ini menjadi insan yang bertakwa....Amin

Wanita....

Seorang wanita umpama...
Sekuntum bunga di taman..
Segar mewangi di pelusuk ruang
Setulus kasih sesuci embun
Lembut wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana keberaniannya
Patuh wanita kerana setianya
Subur wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana bekalannya
Lemah wanita kerana air matanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sifat keibuannya
Tanpa wanita lelaki lemah...
Kerana wanita lelaki kalah...
Terdapat ralat dalam alat ini